Thursday 27 August 2015

Selesai Masalah Sesunggut dan Kitar Haid Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera everybody! Hehe. Akhirnya datang jugak mood aku nak update pasal supplement ni. Aku bukanlah pakar pemakanan atau pakar sakit puan, mahupun sakit tuan. Ini adalah sedikit ilmu yang aku dapat, aku nak kongsikan dengan korang semua. insyaAllah ilmu ni boleh dimanfaatkan. :)

Yang paling penting, supplement ini tersangatlah Natural dan aku sememangnya pencinta benda-benda yang semulajadi! Ok, tanpa membuang masa dan waktu pejabat (oppss) Inilah supplement yang aku dah makan for almost 2 months. Setakat ini, memang puas hati sebab dah boleh kurangkan 'sakit perempuan' aku.

Taraaaaaa!!!!!!!


Dah tengok gambarkan? So, mari nak kenalkan nama dia pulak. Nama dia, NUTRILITE EPO Plus daripada Amway. Kebanyakan orang yang cuba guna supplement ini, dah beransur pulih senggugut. Trust me, I'm not lying!! Sebab aku pun dah guna :)

Supplement bukan untuk membunuh kesakitan anda seperti pain killer ye kawan-kawan. Ini untuk merawat dari dalam gitteeeeww!!!

Antara ISI KANDUNGAN EPO Plus ni.


  1. Mengandungi 50mg esktrak halia dan 20mg Dong quai.
  2. Mengandungi bioflavonoid sitrus sebagai antioksidan.
  3. Fitokimia (ditemui dalam pekatan tumbuhan) untuk member faedah pemakanan tambahan.
  4. Tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan ataupun bahan pengawet (sangat natural ok!)
  5. Setiap gel lembut mengandungi satu campuran GLA (asid Gamma-linolenik) yang unik daripada 125 mg minyak evening primose, 125 mg minyak borange dan 25 mg chasterberry.

Minyak Evening Primrose - Sumber GLA (asid Gamma Linolenik) yang bagus, asid lemak perlu yang boleh memberi kelegaan daripada simptom sebelum haid dan menyokong kesejahteraan semasa kitaran bulanan.


Minyak Borage - Mengandungi hampir 3 kali jumlah GLA yang terdapat pada minyak evening primrose. mengandungi mineral yang penting untuk menyokong kesejahteraan sepanjang kitaran haid bulanan.


Ekstrak Dong Guai dan Halia - Digunakan sejak turun temurun di China sebagai tonik untuk melegakan ketika datang haid dan mengurangkan kekejangan.

Bioflavonoid Sitrus - Memberi antioksidan dan PHYTONUTRIEN, yang boleh membantu mencapai keseimbangan diet dan pemakanan optimum.

Cara Pemakanan

  • Ambil 1-4 gel lembut (ikut keperluan masing-masing) selepas makan, setiap hari. Boleh diambil sebelum, semasa dan selepas haid.
Sangat Sesuai Untuk
  • Semua perempuan yang menderita sakit senggugut macam aku ni.. 
  • Para wanita cantik di luar sana yang tidak mengambil cukup makanan yang mengandungi asid lemak perlu, seperti ikan.
  • Wanita yang ingin perlindungan antioksidan tambahan.
  • Mereka yang menggemari supplement herba dan ingin mengelakkan bahan kandungan tiruan.
Ok. I'm done! So , semua perempuan kat luar sana, boleh cuba supplement ni. Semoga sentiasa sihat selalu. Harga supplement ni tak mahal pun.




Tuesday 25 August 2015

Kenapa Aku Suka Sangat-Sangat Set Bersalin Tropical Herbs?

Apa Yang Best Sangat Dengan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni? Ramai Giler yang bercakap tentang Produk Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni.



Sebab Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni sangat lengkap untuk tempoh berpantang 44 hari. Ia mempunyai set penjagaan bahagian luaran & dalaman dan yang penting sekali, harganya mampu milik. Ye laaa.. dalam keadaan kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah cukai2 ni, pemilihan product yang lengkap & mampu milik sangat2 penting..


Bengkung Percuma!

Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni mengandungi 10 items, untuk makan, untuk sapuan & untuk mandian.. Dan yang paling best best best sekali.. kita dapat Bengkung Zigzag yang lebar & labuh FREE..  Kalau kat luar, bengkung camni harganya dalam RM50 tau. Dengan Set Bersalin Tropical Herbs ni, kita dapat FREE.. Dah jimat RM50.

Jadi apa yang kita akan dapat dalam set ini?

1. Teh herba (MAL 11030061T)

Teh herba ni dalam bentuk uncang, macam Lipton. Kita campurkan dengan air panas. Kalau nak sedap sikit, campurkan sekali dengan madu. Saya biasanya akan minum teh herba ni berkali-kali (seharian).. Saya akan tambah2kan air sampai dah takde rasa herba.. hehehe.. Teh Herba ni, elok untuk membersihkan darah beku / darah nifas dan mempercepatkan proses penyembuhan jahitan. Teh herba ni membantu menguatkan badan dan melancarkan peredaran darah bagi ibu-ibu yang baru  bersalin. Mula minum hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin.

2. Herba Lepas Bersalin 1 (MAL20020779T)

Herba ni kiranya macam jamu, tapi telah dimodenkan dalam bentuk kapsul. Senang tak payah rebus-rebus air akar kayu dan minum air akar kayu yang pahit-pahit tu. Telan jer kapsul tu. Kapsul Herba Lepas Bersalin 1 ni untuk memulihkan tenaga ibu lepas bersalin & menggalakkan pengeluaran susu ibu. Bermula hari ke-10 hingga ke-25, selepas habis teh herba.

3. Herba Lepas Bersalin 2 (MAL20021282T)
Kapsul Herba Lepas Bersalin 2 ni pulak untuk membantu mengecutkan rahim dan otot vigina. Ianya juga membantu kita untuk mendapatkan bentuk badan asal sebelum kita mengandung dulu. Bermula hari ke-25 hingga hari terakhir pantang, hari ke-44.



Untuk ketiga-tiga items yang berasaskan herba ni, kita tak perlu risau sebab ianya dikeluarkan oleh pengeluar yang berpengalaman luas dalam mengeluarkan produk ‘herbal-based’. Pengeluar telah memenuhi syarat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA) dan memenuhi kriteria sebagai Good Manufacturing Practice (GMP).

Setiap produk ini disertakan dengan no MAL sekali ya ibu-ibu. Jadi, ibu-ibu boleh makan herba Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni tanpa was-was.


Untuk Kegunaan Luaran (Waktu Mandi)

4. Herba Pembersih Wanita

Herba ni dalam bentuk uncang. Bau herba yang wangi, mengandungi tanin yang mana membantu
melegakan dan menghilangkan bau yang tak best pada vagina. Ia juga membantu mengecutkan tisu pada vigina & mempercepatkan proses penyembuhan. Kalau orang tua-tua dulu, mereka akan rebus pinang dan kita akan rendamkan vagina dalam air rebusan tu. Sekarang tak payah susah-susah, rebus jer Herba Pembersih Wanita dari Set Bersalin Amway Tropical Hebs ni.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam 15 minit. Bila dah suam, masukkan dalam besen, letak kat mangkuk tandas, duduk dalam air rebusan tu sambil rendamkan vagina. Memang lega sangat-sangat. Bau herba pon wangi jer.

5. Herba Mandian

Herba ni juga dalam bentuk uncang. Herba yang ada campuran Tumeric domestica (kunyit) dan Curcuma xanthorriza (temulawak) membantu melegakan masalah kulit seperti ruam-ruam. Air mandian herba ni mempunyai ciri merehatkan.

Lepas mandi rasa segar dan ianya membantu melegakan otot yang letih serta sakit sewaktu proses bersalin dan berpantang.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam periuk dalam 15 minit. Dah tu tuang dalam baldi, campurkan lagi air sampai suam. Mandi dari kepala ke kaki. (Masa saya berpantang, tak basuhkan rambut setiap hari. Dari leher ke kaki jer)

Biasanya untuk kedua-dua uncang herba ni, che suami akan tolong rebuskan sebelah pagi & sebelah petang.


Untuk Kegunaan Luaran (Selepas Mandi)

6. Campuran Penghangat Badan (Param) – Sachet Hijau

Orang Melayu/Jawa panggil campuran ni Param. Ianya berfungsi untuk menghangatkan badan, terutama bahagian tangan dan kaki. Param ni menggalakkan pengaliran darah ke kulit dan melegakan kesan pembendungan air.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pada seluruh badan kecuali bahagian muka, payudara, perut & vagina. Biasanya saya akan pakai selepas mandi. Sapu masa kat dalam bilik air. Pakai dalam 2 – 3 jam.. lepas tu bersihkan.

7. Campuran Penenang (Pilis) – Sachet Silver

Pilis berfungsi untuk memberi kelegaan pada bahagian dahi. Ianya sangat berguna untuk ibu-ibu yang mudah sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh berpantang dan menjaga bayi baru lahir.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada bahagian dahi, elakkan kawasan mata. Bila dah kering, bersihkan. Pastikan juga sewaktu susukan bayi, jangan kena campuran pilis ni (Bahagian mata bayi). Dah kering (lebih kurang 30 minit – 1 jam, terus bersihkan)

8. Campuran Peramping Perut (Tapel) – Sachet Kuning

Tapel berfungsi untuk memejalkan dan menguatkan otot-otot bahagian abdomen. Ianya bertujuan mengetatkan bahagian perut yang menggelebeh akibat mengandung. Campuran pelbagai jenis herba dan tanah liat, serta perahan air limau nipis ini membantu memejalkan kulit bahagian perut, menghilangkan parut dan tompok-tompok hitam yang biasanya muncul dikawasan perit apabila ia mengecut.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada kawasan perut. Tutupkan dengan kain nipis dan pakai bengkung untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Kalau bersalin secara pembedahan, campuran peramping ini tidak boleh digunakan sehinggalah jahitan sembuh.

Keistimewaan Param, Pilis dan Tapel dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ini ianya telah disukat untuk kegunaan sehari. Ia dibungkus di dalam bentuk sachet untuk memudahkan ibu-ibu menggunakannya. Tak payah sukat-sukat, agak-agak. Lebih praktikal penggunaanya.


Untuk Kegunaan Luaran (Sapuan)

9. Minyak Urut Herba

Minyak urut herba ini berfungsi sebagai menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan aromanya yang harum membantu kita merehatkan diri. Tuangkan minyak pada tapak tangan, gosok-gosok dan urutkan pada badan.


10. Minyak bayi

Minyak bayi dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni memang best sangat. Berkesan untuk melegakan angin dan kembung perut bayi. Ianya tidak mengandungi mentol tiruan, metil salisilat dan kamfor, dan ianya selamat untuk kegunaan bayi yang kita tahu, kulit mereka sangat-sangat sensitif. Ianya diperbuat dari campuran minyak pati bergred tinggi, iaitu Minyak Pudina, Minyak Kayu Putih, Buah Pala, Minyak Kelapa Afrika dan Bunga Cengkih. Gunakan setiap hari untuk melegakan bayi, bermula usia bayi 7 hari. Elak terkena bahagian mata dan alat sulit bayi.


Apa Yang Anda Dapat Dalam Set Bersalin Tropical Herbs
  1. Teh Herba – 10 uncang
  2. Herba Lepas Bersalin 1 – 60pcs kapsul sayuran
  3. Herba Lepas Bersalin 2 – 80 pcs kapsul sayuran
  4. Herba Pembersih Wanita – 20 uncang
  5. Herba Mandian – 20 uncang
  6. Campuran Peramping Perut – Tapel – 20 sachet
  7. Campuran Penghangat – Param – 15 sachet
  8. Campuran Penenang – 15 sachet
  9. Minyak urut herba – 60ml
  10. Minyak Bayi – 60 ml
  11. FREE Bengkung zigzag
  12. Carta & Cara Penggunaan setiap items sepanjang 44 hari berpantang. (Siap carta berjadual supaya kita tak teragak-agak, bila nak guna.. dan cara penyediaan lengkap setiap item.)

Bengkung Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Ianya sangat labuh,berukuran 50 cm dan lebarnya mempunyai 2 aras yang boleh disesuaikan dengan size badan ibu-ibu. Tak kira anda size S atau pon XXL. Macam saya yang ketinggian 165 cm, bengkung ini meliputi bawah payudara sehingga bahagian peha. Memang panjang. Memang puas hati dan berkesan.





Pengalaman Aku Menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Harini nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri menggunakan Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tapi diingatkan, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis bukan info berdasarkan fakta saintific ye. Ini adalah testimonial dari seorang pengguna. Keberkesanan sesuatu produk adalah bergantung kepada tubuh individu itu sendiri.

Set bersalin tropical herbs ni ada 10 item semuanya + satu free bengkung. Aku ada beberapa reason kenapa aku pilih produk ni berbanding dengan produk lain yang ada dipasaran.




Mula-mula, saya terpengaruh dengan review orang ramai kat forum- time tu suka layan forum. Tak kenal lagipon blog-blog semua ni. so semua pon duk bincang dalam forum je. bila ramai yang duk suggest produk ni, sedikit sebanyak mak terpengaruh nok.

Set ni antara yang paling murah. Harga di bawah RM300 

– Set ni bukan la set paling murah dipasaran. Ada je yang lagi murah. Yang jamu-jamu kat pasaran tu murah je or boleh je beli kat klinik ubat berpantang ni. Tapi aku kan konon-konon orang muda yang moden, so xnak kalah beli produk yang ala-ala glemer gitu.

Konon kalau beli ubat kat klinik ke jamu ke takde kelas la. (jangan ikut aku) Time tu yang femes tak silap aku Sendayu Tinggi la. Yang ammy 60 days kalau tak silap. Yang tu kan time tu kalau tak silap aku dekat rm400 kot, tak pon lebih lagi. Jamu mak dara pon ala-ala baru nak femes (sebab time tu tak banyak review pasal jamu mak dara ni) and harga pon lebih rm300. Nona roguy or sekarang dah jadi NR pon lebih RM300. Tropical Herbs ni harga time aku beli x sampai RM 300. Still dalam range harga budget aku la.

Set adalah termasuk bengkung – first time bersalin, mestilah semua benda nak baru.

Tapi nak beli asing kedekut. Disebabkan set bersalin ni memang dah termasuk bengkung, tu yang terus aku ok. Lagipon bengkung dia best pakai. Bengkung tu cover dari bawah dada sampai ke paha. And satu lagi senang nak pakai. Xyah orang assist pon. Aku pakai sendiri je. kau baring then masukkan tali-tali tu dalam compartment yang tersedia. Then ketatkan ikut keselesaan diri sendiri. Lepas balik kampung berpantang, rupanya kakak aku dah ready tinggal bengkung dia untuk aku guna. Tapi bengkung kakak aku tu macam pendek. Then kena lilit-lilit yang macam bengkung tradisional. Bila pakai lama-lama macam jadi naik keatas plak. Kurang selesa bagi aku. Tapi aku guna jugak la bengkung kakak aku tu bila aku basuh bengkung aku.

Jamu dalam bentuk kapsul and satu jenis je skali makan 

Aku ni bukan orang yang pandai makan jamu serbuk tu semua. Bila dalam bentuk kapsul, ko telan je. Lagipon sehari satu jenis je. takde la pening tetiba ko rasa macam, Eh! yang ni aku dah makan ke belum tadi. Kiranya untuk orang yang sedikit pelupa macam aku, memang sangat sesuai.



Aku bagi empat sebab sahaja kenapa aku pilih tropical herbs ni. Macam aku bagitahu kat atas tadi, dalam ni ada 10 item + free bengkung. Tapi sebab aku adalah manusia yang tidak berdisiplin, dari 10 item tu, hanya 8 je yang aku guna and yang habis semua hanya 5 benda. Last month balik kampung cari barang-barang yang masih boleh guna, terjumpa la segala benda yang aku tak sentuh lagi. Membebel laki aku. Perabih boreh yo beli mahal-mahal. Last2 yang guna dua tiga benda je.
  1. Teh Herba – Habis. Mestila habis sebab konon nak slim cepat.
  2. Kapsul lepas bersalin 1 – pon habis. Reason adalah sama seperti diatas
  3. Kapsul lepas bersalin 2 – habis jugak. Reason tetap sama
  4. Herba pembersih wanita – Ini guna awal-awal je. lepas luka dah kering, terus aku lupakan. Ada lagi balance dalam kotak.
  5. Herba mandian – Ni pon sama. Awal-awal je rajin nak merebus, semua. Lepas dah beberapa minggu, xde maknanya.
  6. Minyak urut herba – ni makcik yang mengurut guna campur sama minyak dia bawak untuk mengurut aku. lepas tu aku ada gak guna nak urut kaki aku ke and sapu bila aku rasa perlu. And minyak ni habis sebab tumpah, bukan sebab guna sepenuhnya. tapi kita kira habis la ye.
  7. Minyak bayi- guna jugak bila Afiqah kembung. Tapi macam kurang effective je sebab last2 kitorang guna minyak yun yee je. Tapi untuk BB AAA, aku tak beli minyak yun yee (sebab ada pertikaian tentang isu kehalalannya), kali ni beli minyak telon je. Tapi minyak bayi ni habis jugak la. sebab kalau tetiba rasa pening ke, sakit perut ke, aku guna untuk diri sendiri jugak.
  8. Campuran peramping perut – yang ni still ada beberapa sachet lagi. Walaupun semangat nak rampingkan perut, tapi aku ni mana boleh kalau benda tu buat aku rasa leceh. Jadinya sekerat jalan la. Aku ni pemalas nak bancuh2 then sapu kat perut ni. pastu bila kering, jadi berdebu, mulala aku rimas. So last aku beli je krim mustajab. Sapu then pakai bengkung.
  9. Campuran penghangat badan @ param – langsung aku tak guna.
  10. Campuran penenang @ Pilis – pon aku tak guna. Aku memang tak reti nak bertempek-tempek atas dahi semua ni. Sebabnya duk tengok drama kat tv la, bila berpantang je kepala bertempek hitam, macam orang tak sihat je aku tengok. Lembik, lemah je. hahaha. Psyco je aku ni. mungkin sebab aku tak pakai pilis, yang otak jadi weng sikit lepas bersalin. Macam otak masuk air.
Dari penggunaan aku tu, rasanya macam tak layak nak ratekan produk ni berapa bintang. Sebab dah ko sendiri tak berapa disiplin, lagi nak kata benda tu bagus tak bagus. Tapi sebagai pengguna, aku puas hati ngan produk bersalin tropical herbs dari amway ni. Produk ni banyak membantu aku kurus balik lepas bersalin. Tapi nak dapatkan perut yang flat, syarat utama silalah berbengkung. Yang lain 20 hari pertama je kot aku bersungguh. Tapi bengkung, memang aku pakai sampai 44 hari and lepas tu sambung pakai corset. Tak tinggal. Then siap pakai seluar getah lagi, nak bagi cepat berpeluh and ramping kembali.

Friday 21 August 2015

Elak Komplikasi Anemia Semasa Kehamilan

Keletihan Semasa Kehamilan?

Adakah anda atau isteri anda tengah mengandung dan rasa letih? Ramai wanita mengandung menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh.

Sebenarnya sangkaan tersebut salah kerana wanita yang mengalami simptom sebegitu tengah mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan sahaja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi.



Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan. Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan bayi.

Jika tidak diberi perhatian kepada gejala anemia seperti pucat, letih, lesu, sesak nafas atau jantung berdegup laju, wanita hamil mungkin menghadapi risiko komplikasi kehamilan. Komplikasi akibat anemia ini boleh mengakibatkan keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil atau koma yang mungkin menyebabkan ibu meninggal dunia.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai dengan badannya terutama bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan tidak mahu kesan sampingan.

Besi dan Asid Folic

Mengapa anda memerlukan kedua-dua besi dan asid folic semasa mengandung? Besi menghasilkan haemoglobin yang membawa oksigenkepada semua sel dalam badan anda. Besi juga menguatkan badan untuk melawan jangkitan. Anda juga memerlukan besi untuk menghasilkan tenaga daripada makanan. Oleh sebab itu, tahap besi yang rendah membuatkan anda letih lesu.

Asid folic adalah keperluan untuk penyerapan besi, dan penting dalam pembentukan dan penyelenggaraan RBCs serta menyokong fungsi otak dan perkembangan bayi.

NUTRILITE Iron Folic adalah kombinasi unik besi dan asid folik yang menyediakan badan anda terbaik untuk menerima dan mudah menyerap besi.

Nutrilite Iron Folic

120 tablets untuk 2-4 bulan.

Sumber zat besi organik untuk ibu mengandung terutamanya pada 12 minggu pertama untuk elak keletihan dan membantu perkembangan otak bayi.

Membantu wanita membentuk sel darah baru selepas kitar haid dan juga mereka yang memerlukan zat besi disebabkan oleh penyakit anemia.


Ekstrak daripada sumber organik


Kami membuat eksperimen untuk membandingkan supplement zat besi yang terdapat di pasaran dengan NUTRILITE Iron Folic. Jelas bahawa NUTRILITE adalah ekstrak daripada sumber organik, iaitu sayur bayam (spinach concentrate) yang selamat dan senang diserap oleh badan.



Kandungan dan Cara Penggunaan
1 tablet mengandungi 10mg ferrous fumarate dan ferrous gluconate (2 sumber zat besi), dan 0.133 mg asid folic.

Dewasa ambil 1 hingga 2 tablet selepas makan. Tidak lebih daripada 2 tablet sehari. Jangan ambil bersama kopi dan teh kerana ia mengurangkan serapan zat besi.


Thursday 20 August 2015

Masalah Keputihan Terus Hilang

Kecantikan wanita sangatt subjektif..betul? Sihat, bertenaga, aktif, ceria, positif, kreatif juga adalah salah satu aspek kecantikan dalam diri wanita itu sendiri..tak kiralah sama ada belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

Yang pasti bila dah berkahwin, kecantikan wanita itu lebih terserlah lagi-lagi bila sudah mempunyai pengalaman hamil & melahirkan si kecil ;)

Pengalaman Saya Sendiri

Ingin nak share dengan kawan-kawan. selepas sahaja bersalin baby pertama, saya dah mula makan supplement/jamu untuk wanita bersalin..apbila dah habis pantang pula..saya ada juga makan jamu tapi xberapa nak disiplin sehinggalah bersalin kali kedua.. puas cari jamu yg sesuai dengan diri saya..pernah makan 1 jamu ni, macam x berapa nak sesuai.. panas sokmo hehe..

TETAPI.......

Apabila diperkenalkan oleh seorang kawan tentang Formulasi Untuk Wanita Tropical Herbs..

SEGALANYA SUDAH BERUBAH..WINK WINK..(^_^)

Masalah keputihan dah berkurangan & TERUS HILANG..hampir 2 bulan guna..start makan 9 Januari 2012 lepas..^^ Badan rasa ringan ja, senang nk ke toilet dah..sengal2 badan pun dah mula berkurang..;)

Kapsul dia juga bantu menguatkan otot vagina, otot rahim/peranakan..elak sembelit, memudahkan sistem perkumuhan..beri tenaga selepas bersalin & pantang, bagi ibu2 yg sedang breastfeeding, akan memperbanyakkan susu badan..baby pun kenyang..^^

JANGAN RISAU...formulasi ni tak panas..juzz lebihkan minum air masak..pasti akan balance..InsyaAllah..;)

Jom kita check apa lagi kehebatannya..:

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs - 60 kapsul

Nyalakan Semula Api Asmara
Memperkenalkan alternatif semula jadi untuk mengeratkan perhubungan anda.

Gaya hidup sihat terbina daripada pemakanan yang baik, sikap mental yang positif, senaman dan perhubungan yang sihat. Walau bagaimanapun, tekanan, keletihan dan pelbagai masalah kesihatan boleh mengurangkan tahap tenaga dan menjejaskan mood anda.

Dapatkan semula keyakinan anda dengan Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs. Herba-herba dalam formulasi ini telah dipilih dengan teliti untuk membantu menggalakkan kesejahteraan keseluruhan dan meningkatkan tenaga dan vitaliti. Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs bertindak secara sinergi untuk menyemarakkan semula perhubungan anda.

Bagaimana herba membantu mengeratkan perhubungan yang harmoni antara lelaki dan wanita?

Herba selalunya boleh membantu dengan memulakan perubahan dalam keseimbangan bahan kimia tubuh anda, seperti meningkatkan pengeluaran testosteron tubuh anda, hormon ‘lelaki’ yang berfungsi dalam lelaki dan wanita. Disebabkan kesan yang positif ini, kebanyakan herba ini adalah lebih berkesan apabila diambil secara konsisten sepanjang suatu tempoh masa, membantu anda menjalani kehidupan yang lebih ghairah dan lebih banyak tenaga.

Agar bertenaga membangkitkan keghairahan.

Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs mengandungi ekstrak-ekstrak Pegaga, Shataveri, Senduduk dan Kunyit yang telah diguna secara tradisional untuk menangani isu kesihatan wanita, meningkatkan tenaga dan rasa sejahtera. Ditambah dengan Manjakani, Buah Pinang dan Kayu Serapat untuk faedah pemakanan tambahan.

CARA MAKAN : Ambil 2 kapsul sehari selepas makan..disiplin amalkan setiap hari, belum sampai sebulan anda pasti akan nampak perbezaannya..InsyaAllah..(^_^)

Jika bukan kita sendiri nk jaga kesihatan diri kita, siapa lagi kan...^^


Losing Intimacy and Passion with Your Love One?


As men and women are getting aged, they might lose their passion in intimate life. Are you getting not confident when spending time with your love one? Do you want to keep avoiding him or her?




Introducing a natural alternative to enhance your relationship.

Healthy lifestyles are built on good nutrition, positive mental attitudes, exercise and healthy relationships. However, stress, tiredness and various health problems can decrease energy levels and affect your mood.

Regain your confidence with Tropical Herbs Formulation for Men and Women. Herbs in these formulations are carefully selected to help promote overall well-being and increase energy and vitality. Tropical Herbs Formulation for Men and Tropical Herbs Formulation for Women, work in synergy to relight the fire in your relationships.

How do herbs help to enhance a harmonious relationship between a man and a woman?

Herbs can help usually by initiating a change in your body’s chemical balance, such as increasing your body’s production of testosterone, the “male” hormone that functions in both men and women. Because of this positive effect, most of these herbs are more effective when taken consistently over a period of time, helping you live life more passionately with more energy.

Tropical Herbs Formulation for Men

Contains Tongkat Ali, Pegaga, Puncturevine and Ashwanganda extracts that have been used traditionally for men’s health, to create energy and vitality. With added Black Pepper and Clove for additional nutritional benefits.

Tropical Herbs Formulation for Women

Contains Pegaga, Shataveri, Senduduk and Tumeric extracts that have been used traditionally to address women’s health issues, increase energy and feeling of well-being. With added Manjakani, Betel Nut and Kayu Serapat for additional nutritional benefits.



Tropical Herbs Formulation for Men and Women

60 capsules for each bottle.
Consume 2 capsultes daily at night to restore your energy and passion like young couple.