Tuesday 25 August 2015

Pengalaman Aku Menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Harini nak kongsi sikit pengalaman aku sendiri menggunakan Set Bersalin Tropical Herbs dari Amway. Tapi diingatkan, penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis bukan info berdasarkan fakta saintific ye. Ini adalah testimonial dari seorang pengguna. Keberkesanan sesuatu produk adalah bergantung kepada tubuh individu itu sendiri.

Set bersalin tropical herbs ni ada 10 item semuanya + satu free bengkung. Aku ada beberapa reason kenapa aku pilih produk ni berbanding dengan produk lain yang ada dipasaran.




Mula-mula, saya terpengaruh dengan review orang ramai kat forum- time tu suka layan forum. Tak kenal lagipon blog-blog semua ni. so semua pon duk bincang dalam forum je. bila ramai yang duk suggest produk ni, sedikit sebanyak mak terpengaruh nok.

Set ni antara yang paling murah. Harga di bawah RM300 

– Set ni bukan la set paling murah dipasaran. Ada je yang lagi murah. Yang jamu-jamu kat pasaran tu murah je or boleh je beli kat klinik ubat berpantang ni. Tapi aku kan konon-konon orang muda yang moden, so xnak kalah beli produk yang ala-ala glemer gitu.

Konon kalau beli ubat kat klinik ke jamu ke takde kelas la. (jangan ikut aku) Time tu yang femes tak silap aku Sendayu Tinggi la. Yang ammy 60 days kalau tak silap. Yang tu kan time tu kalau tak silap aku dekat rm400 kot, tak pon lebih lagi. Jamu mak dara pon ala-ala baru nak femes (sebab time tu tak banyak review pasal jamu mak dara ni) and harga pon lebih rm300. Nona roguy or sekarang dah jadi NR pon lebih RM300. Tropical Herbs ni harga time aku beli x sampai RM 300. Still dalam range harga budget aku la.

Set adalah termasuk bengkung – first time bersalin, mestilah semua benda nak baru.

Tapi nak beli asing kedekut. Disebabkan set bersalin ni memang dah termasuk bengkung, tu yang terus aku ok. Lagipon bengkung dia best pakai. Bengkung tu cover dari bawah dada sampai ke paha. And satu lagi senang nak pakai. Xyah orang assist pon. Aku pakai sendiri je. kau baring then masukkan tali-tali tu dalam compartment yang tersedia. Then ketatkan ikut keselesaan diri sendiri. Lepas balik kampung berpantang, rupanya kakak aku dah ready tinggal bengkung dia untuk aku guna. Tapi bengkung kakak aku tu macam pendek. Then kena lilit-lilit yang macam bengkung tradisional. Bila pakai lama-lama macam jadi naik keatas plak. Kurang selesa bagi aku. Tapi aku guna jugak la bengkung kakak aku tu bila aku basuh bengkung aku.

Jamu dalam bentuk kapsul and satu jenis je skali makan 

Aku ni bukan orang yang pandai makan jamu serbuk tu semua. Bila dalam bentuk kapsul, ko telan je. Lagipon sehari satu jenis je. takde la pening tetiba ko rasa macam, Eh! yang ni aku dah makan ke belum tadi. Kiranya untuk orang yang sedikit pelupa macam aku, memang sangat sesuai.



Aku bagi empat sebab sahaja kenapa aku pilih tropical herbs ni. Macam aku bagitahu kat atas tadi, dalam ni ada 10 item + free bengkung. Tapi sebab aku adalah manusia yang tidak berdisiplin, dari 10 item tu, hanya 8 je yang aku guna and yang habis semua hanya 5 benda. Last month balik kampung cari barang-barang yang masih boleh guna, terjumpa la segala benda yang aku tak sentuh lagi. Membebel laki aku. Perabih boreh yo beli mahal-mahal. Last2 yang guna dua tiga benda je.
  1. Teh Herba – Habis. Mestila habis sebab konon nak slim cepat.
  2. Kapsul lepas bersalin 1 – pon habis. Reason adalah sama seperti diatas
  3. Kapsul lepas bersalin 2 – habis jugak. Reason tetap sama
  4. Herba pembersih wanita – Ini guna awal-awal je. lepas luka dah kering, terus aku lupakan. Ada lagi balance dalam kotak.
  5. Herba mandian – Ni pon sama. Awal-awal je rajin nak merebus, semua. Lepas dah beberapa minggu, xde maknanya.
  6. Minyak urut herba – ni makcik yang mengurut guna campur sama minyak dia bawak untuk mengurut aku. lepas tu aku ada gak guna nak urut kaki aku ke and sapu bila aku rasa perlu. And minyak ni habis sebab tumpah, bukan sebab guna sepenuhnya. tapi kita kira habis la ye.
  7. Minyak bayi- guna jugak bila Afiqah kembung. Tapi macam kurang effective je sebab last2 kitorang guna minyak yun yee je. Tapi untuk BB AAA, aku tak beli minyak yun yee (sebab ada pertikaian tentang isu kehalalannya), kali ni beli minyak telon je. Tapi minyak bayi ni habis jugak la. sebab kalau tetiba rasa pening ke, sakit perut ke, aku guna untuk diri sendiri jugak.
  8. Campuran peramping perut – yang ni still ada beberapa sachet lagi. Walaupun semangat nak rampingkan perut, tapi aku ni mana boleh kalau benda tu buat aku rasa leceh. Jadinya sekerat jalan la. Aku ni pemalas nak bancuh2 then sapu kat perut ni. pastu bila kering, jadi berdebu, mulala aku rimas. So last aku beli je krim mustajab. Sapu then pakai bengkung.
  9. Campuran penghangat badan @ param – langsung aku tak guna.
  10. Campuran penenang @ Pilis – pon aku tak guna. Aku memang tak reti nak bertempek-tempek atas dahi semua ni. Sebabnya duk tengok drama kat tv la, bila berpantang je kepala bertempek hitam, macam orang tak sihat je aku tengok. Lembik, lemah je. hahaha. Psyco je aku ni. mungkin sebab aku tak pakai pilis, yang otak jadi weng sikit lepas bersalin. Macam otak masuk air.
Dari penggunaan aku tu, rasanya macam tak layak nak ratekan produk ni berapa bintang. Sebab dah ko sendiri tak berapa disiplin, lagi nak kata benda tu bagus tak bagus. Tapi sebagai pengguna, aku puas hati ngan produk bersalin tropical herbs dari amway ni. Produk ni banyak membantu aku kurus balik lepas bersalin. Tapi nak dapatkan perut yang flat, syarat utama silalah berbengkung. Yang lain 20 hari pertama je kot aku bersungguh. Tapi bengkung, memang aku pakai sampai 44 hari and lepas tu sambung pakai corset. Tak tinggal. Then siap pakai seluar getah lagi, nak bagi cepat berpeluh and ramping kembali.