Tuesday 25 August 2015

Kenapa Aku Suka Sangat-Sangat Set Bersalin Tropical Herbs?

Apa Yang Best Sangat Dengan Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni? Ramai Giler yang bercakap tentang Produk Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni.



Sebab Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni sangat lengkap untuk tempoh berpantang 44 hari. Ia mempunyai set penjagaan bahagian luaran & dalaman dan yang penting sekali, harganya mampu milik. Ye laaa.. dalam keadaan kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah cukai2 ni, pemilihan product yang lengkap & mampu milik sangat2 penting..


Bengkung Percuma!

Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni mengandungi 10 items, untuk makan, untuk sapuan & untuk mandian.. Dan yang paling best best best sekali.. kita dapat Bengkung Zigzag yang lebar & labuh FREE..  Kalau kat luar, bengkung camni harganya dalam RM50 tau. Dengan Set Bersalin Tropical Herbs ni, kita dapat FREE.. Dah jimat RM50.

Jadi apa yang kita akan dapat dalam set ini?

1. Teh herba (MAL 11030061T)

Teh herba ni dalam bentuk uncang, macam Lipton. Kita campurkan dengan air panas. Kalau nak sedap sikit, campurkan sekali dengan madu. Saya biasanya akan minum teh herba ni berkali-kali (seharian).. Saya akan tambah2kan air sampai dah takde rasa herba.. hehehe.. Teh Herba ni, elok untuk membersihkan darah beku / darah nifas dan mempercepatkan proses penyembuhan jahitan. Teh herba ni membantu menguatkan badan dan melancarkan peredaran darah bagi ibu-ibu yang baru  bersalin. Mula minum hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin.

2. Herba Lepas Bersalin 1 (MAL20020779T)

Herba ni kiranya macam jamu, tapi telah dimodenkan dalam bentuk kapsul. Senang tak payah rebus-rebus air akar kayu dan minum air akar kayu yang pahit-pahit tu. Telan jer kapsul tu. Kapsul Herba Lepas Bersalin 1 ni untuk memulihkan tenaga ibu lepas bersalin & menggalakkan pengeluaran susu ibu. Bermula hari ke-10 hingga ke-25, selepas habis teh herba.

3. Herba Lepas Bersalin 2 (MAL20021282T)
Kapsul Herba Lepas Bersalin 2 ni pulak untuk membantu mengecutkan rahim dan otot vigina. Ianya juga membantu kita untuk mendapatkan bentuk badan asal sebelum kita mengandung dulu. Bermula hari ke-25 hingga hari terakhir pantang, hari ke-44.



Untuk ketiga-tiga items yang berasaskan herba ni, kita tak perlu risau sebab ianya dikeluarkan oleh pengeluar yang berpengalaman luas dalam mengeluarkan produk ‘herbal-based’. Pengeluar telah memenuhi syarat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA) dan memenuhi kriteria sebagai Good Manufacturing Practice (GMP).

Setiap produk ini disertakan dengan no MAL sekali ya ibu-ibu. Jadi, ibu-ibu boleh makan herba Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni tanpa was-was.


Untuk Kegunaan Luaran (Waktu Mandi)

4. Herba Pembersih Wanita

Herba ni dalam bentuk uncang. Bau herba yang wangi, mengandungi tanin yang mana membantu
melegakan dan menghilangkan bau yang tak best pada vagina. Ia juga membantu mengecutkan tisu pada vigina & mempercepatkan proses penyembuhan. Kalau orang tua-tua dulu, mereka akan rebus pinang dan kita akan rendamkan vagina dalam air rebusan tu. Sekarang tak payah susah-susah, rebus jer Herba Pembersih Wanita dari Set Bersalin Amway Tropical Hebs ni.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam 15 minit. Bila dah suam, masukkan dalam besen, letak kat mangkuk tandas, duduk dalam air rebusan tu sambil rendamkan vagina. Memang lega sangat-sangat. Bau herba pon wangi jer.

5. Herba Mandian

Herba ni juga dalam bentuk uncang. Herba yang ada campuran Tumeric domestica (kunyit) dan Curcuma xanthorriza (temulawak) membantu melegakan masalah kulit seperti ruam-ruam. Air mandian herba ni mempunyai ciri merehatkan.

Lepas mandi rasa segar dan ianya membantu melegakan otot yang letih serta sakit sewaktu proses bersalin dan berpantang.

Cara Penyediaan : Rebuskan uncang herba dalam periuk dalam 15 minit. Dah tu tuang dalam baldi, campurkan lagi air sampai suam. Mandi dari kepala ke kaki. (Masa saya berpantang, tak basuhkan rambut setiap hari. Dari leher ke kaki jer)

Biasanya untuk kedua-dua uncang herba ni, che suami akan tolong rebuskan sebelah pagi & sebelah petang.


Untuk Kegunaan Luaran (Selepas Mandi)

6. Campuran Penghangat Badan (Param) – Sachet Hijau

Orang Melayu/Jawa panggil campuran ni Param. Ianya berfungsi untuk menghangatkan badan, terutama bahagian tangan dan kaki. Param ni menggalakkan pengaliran darah ke kulit dan melegakan kesan pembendungan air.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pada seluruh badan kecuali bahagian muka, payudara, perut & vagina. Biasanya saya akan pakai selepas mandi. Sapu masa kat dalam bilik air. Pakai dalam 2 – 3 jam.. lepas tu bersihkan.

7. Campuran Penenang (Pilis) – Sachet Silver

Pilis berfungsi untuk memberi kelegaan pada bahagian dahi. Ianya sangat berguna untuk ibu-ibu yang mudah sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh berpantang dan menjaga bayi baru lahir.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada bahagian dahi, elakkan kawasan mata. Bila dah kering, bersihkan. Pastikan juga sewaktu susukan bayi, jangan kena campuran pilis ni (Bahagian mata bayi). Dah kering (lebih kurang 30 minit – 1 jam, terus bersihkan)

8. Campuran Peramping Perut (Tapel) – Sachet Kuning

Tapel berfungsi untuk memejalkan dan menguatkan otot-otot bahagian abdomen. Ianya bertujuan mengetatkan bahagian perut yang menggelebeh akibat mengandung. Campuran pelbagai jenis herba dan tanah liat, serta perahan air limau nipis ini membantu memejalkan kulit bahagian perut, menghilangkan parut dan tompok-tompok hitam yang biasanya muncul dikawasan perit apabila ia mengecut.

Cara Penyediaan : Campurkan dengan air suam dan sapukan pes pada kawasan perut. Tutupkan dengan kain nipis dan pakai bengkung untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Kalau bersalin secara pembedahan, campuran peramping ini tidak boleh digunakan sehinggalah jahitan sembuh.

Keistimewaan Param, Pilis dan Tapel dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ini ianya telah disukat untuk kegunaan sehari. Ia dibungkus di dalam bentuk sachet untuk memudahkan ibu-ibu menggunakannya. Tak payah sukat-sukat, agak-agak. Lebih praktikal penggunaanya.


Untuk Kegunaan Luaran (Sapuan)

9. Minyak Urut Herba

Minyak urut herba ini berfungsi sebagai menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan aromanya yang harum membantu kita merehatkan diri. Tuangkan minyak pada tapak tangan, gosok-gosok dan urutkan pada badan.


10. Minyak bayi

Minyak bayi dari Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni memang best sangat. Berkesan untuk melegakan angin dan kembung perut bayi. Ianya tidak mengandungi mentol tiruan, metil salisilat dan kamfor, dan ianya selamat untuk kegunaan bayi yang kita tahu, kulit mereka sangat-sangat sensitif. Ianya diperbuat dari campuran minyak pati bergred tinggi, iaitu Minyak Pudina, Minyak Kayu Putih, Buah Pala, Minyak Kelapa Afrika dan Bunga Cengkih. Gunakan setiap hari untuk melegakan bayi, bermula usia bayi 7 hari. Elak terkena bahagian mata dan alat sulit bayi.


Apa Yang Anda Dapat Dalam Set Bersalin Tropical Herbs
  1. Teh Herba – 10 uncang
  2. Herba Lepas Bersalin 1 – 60pcs kapsul sayuran
  3. Herba Lepas Bersalin 2 – 80 pcs kapsul sayuran
  4. Herba Pembersih Wanita – 20 uncang
  5. Herba Mandian – 20 uncang
  6. Campuran Peramping Perut – Tapel – 20 sachet
  7. Campuran Penghangat – Param – 15 sachet
  8. Campuran Penenang – 15 sachet
  9. Minyak urut herba – 60ml
  10. Minyak Bayi – 60 ml
  11. FREE Bengkung zigzag
  12. Carta & Cara Penggunaan setiap items sepanjang 44 hari berpantang. (Siap carta berjadual supaya kita tak teragak-agak, bila nak guna.. dan cara penyediaan lengkap setiap item.)

Bengkung Set Bersalin Amway Tropical Herbs

Ianya sangat labuh,berukuran 50 cm dan lebarnya mempunyai 2 aras yang boleh disesuaikan dengan size badan ibu-ibu. Tak kira anda size S atau pon XXL. Macam saya yang ketinggian 165 cm, bengkung ini meliputi bawah payudara sehingga bahagian peha. Memang panjang. Memang puas hati dan berkesan.